Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Transformasi Kabong: Pembangunan bandar baharu, infrastruktur jadi agenda utama
  • WILAYAH

Transformasi Kabong: Pembangunan bandar baharu, infrastruktur jadi agenda utama

Utusan Sarawak 16 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAK kali ke-10 di Dewan Al Hakim, SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, hari ini. Foto ADUN Kabong

PETRA JAYA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong kini berada di landasan pembangunan baharu menerusi pelbagai inisiatif strategik yang dirangka bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, agenda pembangunan yang sedang dilaksanakan melibatkan penambahbaikan kemudahan asas, kemudahan awam dan perancangan bandar yang lebih tersusun demi manfaat penduduk kawasan itu.

Menurut beliau, antara keutamaan ketika ini ialah penambahbaikan bekalan air dan elektrik secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat, selain usaha menaik taraf jalan pertanian untuk memudahkan pergerakan petani membawa hasil ke pasaran.

Katanya lagi, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan kemudahan masyarakat melalui pembinaan Masjid Daerah Kabong yang baharu serta sebuah Dewan Masyarakat moden yang lebih selesa untuk kegunaan penduduk setempat.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAK kali ke-10 di Dewan Al Hakim, SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, hari ini. Foto ADUN Kabong

Dalam masa sama, Pejabat Daerah baharu juga akan dibina bagi memperkukuh sistem pentadbiran dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di kawasan Kabong.

Beliau berkata, projek yang menjadi tumpuan utama ialah pembangunan bandar baharu Kabong yang dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu kepada kawasan berkenaan.

“Pembangunan ini bukan sekadar pembinaan fizikal, tetapi pelaburan masa depan untuk memastikan generasi muda Kabong mempunyai peluang ekonomi yang lebih luas di kawasan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Anak Kabong (PAK) kali ke-10 di Dewan Al Hakim, Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, di sini hari ini.

Majlis tersebut menghimpunkan kira-kira 500 anak Kabong yang kini menetap di Kuching dan Samarahan, sekali gus memperlihatkan semangat perpaduan masyarakat Kabong walaupun berada di perantauan.

Pada majlis sama, Chee Kadir turut menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Faizz Muzaffar Ramlee yang memperoleh keputusan 9A, selain mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada Persatuan Anak Kabong bagi tujuan pelaksanaan ibadah korban tahun ini.

Chee Kadir turut menggesa masyarakat agar terus mengekalkan budaya bantu-membantu, mengamalkan gaya hidup sihat dan berbelanja secara berhemah demi kesejahteraan keluarga serta komuniti.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi PAK, Semawi Mohamad; Timbalan Pengerusi PAK, Nor-E Fadwie Saleh; Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Olen Tabor; Setiausaha Persatuan Pesara Kabong (PEKA), Ghazali Mat Daud serta jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga santuni mangsa kebakaran Kampung Hulu Sri Aman
Next: Infrastruktur SJKC Kwang Chien dipertingkat melalui projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.