Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerbangan pertama inisiatif laluan Makkah Pakistan berlepas dari Karachi ke Madinah
  • SEMASA

Penerbangan pertama inisiatif laluan Makkah Pakistan berlepas dari Karachi ke Madinah

Utusan Sarawak 19 hours ago
PENERBANGAN pertama Inisiatif Laluan Makkah berlepas dari Pakistan, membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah. Foto AirSial

KARACHI, Pakistan: Penerbangan pertama Inisiatif Laluan Makkah berlepas dari Pakistan, membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, menandakan permulaan operasi inisiatif itu di Pakistan bagi musim haji 1447H/2026M, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Kini memasuki tahun kelapan, inisiatif Kementerian Dalam Negeri itu memperkemas perjalanan haji dengan melengkapkan semua prosedur kemasukan di negara asal jemaah.

Perkhidmatan termasuk pengeluaran visa haji elektronik, pengumpulan data biometrik dan kawalan pasport di lapangan terbang berlepas.

PENERBANGAN pertama Inisiatif Laluan Makkah berlepas dari Pakistan, membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah. Foto AirSial

Jemaah haji juga mendapat manfaat daripada perkhidmatan bagasi khusus iaitu beg ditandakan dan diangkut terus ke penginapan mereka di Makkah dan Madinah, membolehkan pengembara melangkau prosedur lapangan terbang semasa ketibaan dan menaiki bas khusus dengan segera.

Sejak dilancarkan pada 2017, Inisiatif Laluan Makkah telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta jemaah.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak raikan 100 tahun Hari Peringatan Sedunia, persahabatan jadi teras perpaduan global
Next: Polisi had umur 16 tahun media sosial masih diperhalusi – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.