Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak raikan 100 tahun Hari Peringatan Sedunia, persahabatan jadi teras perpaduan global
  • SEMASA

Sarawak raikan 100 tahun Hari Peringatan Sedunia, persahabatan jadi teras perpaduan global

Utusan Sarawak 11 hours ago
TOH Puan Fauziah pada sambutan Hari Peringatan Sedunia peringkat Sarawak menjadi detik bermakna apabila ulang tahun ke-100 diraikan, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sambutan Hari Peringatan Sedunia peringkat Sarawak menjadi detik bermakna apabila ulang tahun ke-100 diraikan dengan penekanan terhadap nilai persahabatan sebagai asas perpaduan global.

Sambutan anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak itu disempurnakan oleh Penaungnya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Cawangan Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Timbalan Yang Dipertua Annie Sim, Ketua Pesuruhjaya Ruth Sibat serta kira-kira 230 ahli dan pemimpin Pandu Puteri dari seluruh negeri.

Dalam ucapannya, Dato Dayang Morliah berkata sambutan tahun ini amat signifikan kerana menandakan satu abad Hari Peringatan Sedunia yang disambut sejak 1926.

Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri berjaya membina jaringan persahabatan yang kukuh merentasi sempadan negara, budaya dan generasi.

“Persahabatan inilah yang menjadi asas kekuatan pergerakan ini dalam melahirkan individu yang berani, berprinsip dan komited untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, sambutan tahun ini memberi penekanan kepada empat fokus utama iaitu meraikan 100 tahun persahabatan, menghargai sejarah dan tradisi, memperkukuh hubungan global serta menterjemahkan nilai persahabatan melalui tindakan.

Dalam pada itu, katanya, seiring dengan sambutan bersejarah ini, Persatuan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah menyediakan pek aktiviti khas bagi membolehkan ahli-ahli menyertai aktiviti yang bermakna dan seterusnya memperoleh lencana peringatan ulang tahun ke-100 ‘World Thinking Day’.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa Cawangan Sarawak kini mempunyai kira-kira 13,000 ahli di semua peringkat dan terus aktif melaksanakan pelbagai program pembangunan termasuk kursus kepimpinan, bengkel serta latihan berterusan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PAS sasar cipta kejutan PRN Sarawak
Next: Penerbangan pertama inisiatif laluan Makkah Pakistan berlepas dari Karachi ke Madinah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.