Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PAS sasar cipta kejutan PRN Sarawak
  • SEMASA

PAS sasar cipta kejutan PRN Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
PARTI Islam SeMalaysia (PAS) menyasarkan untuk mencipta kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang susulan peningkatan prestasi parti serta kesiapsiagaan jentera di peringkat negeri.

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyasarkan untuk mencipta kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang susulan peningkatan prestasi parti serta kesiapsiagaan jentera di peringkat negeri.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, parti itu kini berada pada tahap lebih bersedia berbanding pilihan raya sebelum ini, khususnya di beberapa kawasan sasaran seperti Beting Maro.

Menurutnya, keyakinan tersebut disokong oleh peningkatan sokongan pengundi serta kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi.

“Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang benar-benar kita bersedia untuk berusaha melahirkan sesuatu kejutan dalam PRN Sarawak, berbanding dengan persediaan kita sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAS Sarawak di Alia Banquet Hall di sini.

PESURUHJAYA PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari; Timbalan Pesuruhjaya I PAS Sarawak, Rasidi Harun; serta Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak, Zulkipli Ramzi ketika sidang media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAS Sarawak di Alia Banquet Hall, di Kuching, hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sambutan Aidilfitri tersebut sebagai penanda aras penting bagi menilai tahap kesiapsiagaan PAS Sarawak menjelang PRN yang dijangka berlangsung seawal 2027.

Katanya, PAS Pusat akan terus memantau serta membuat unjuran strategi bagi memastikan pendekatan yang lebih berkesan dapat digerakkan di negeri ini.

Dalam pada itu, Arifiriazul memaklumkan PAS akan menampilkan calon berwibawa yang telah lama berkhidmat di kawasan masing-masing bagi meningkatkan keyakinan pengundi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kenyataan Premier Sarawak berhubung dakwaan GPS tanding di Sabah disangkal sebagai fitnah politik
Next: Sarawak raikan 100 tahun Hari Peringatan Sedunia, persahabatan jadi teras perpaduan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.