Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa Nagano di Jepun

Facebook
WhatsApp

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 5.0 melanda bahagian utara Wilayah Nagano di kawasan tengah Jepun pada Sabtu, menurut agensi cuaca negara itu.

Menurut Agensi Berita Kyodo, gempa pada 1.20 tengah hari itu mencatatkan skala lima kuat (Upper 5) pada skala keamatan seismik tujuh peringkat Jepun di Omachi dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Upper 5 ditakrifkan oleh agensi sebagai tahap ramai orang berasa sukar untuk berjalan.

Tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi di wilayah dikepung daratan itu.- Bernama-Kyodo

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa