Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerjasama Sinar Mekar–Maybank mudahkan pemilikan rumah di Gustina Residence
  • TEMPATAN

Kerjasama Sinar Mekar–Maybank mudahkan pemilikan rumah di Gustina Residence

Utusan Sarawak 2 days ago
DARI kanan ke kiri: Ketua Perbankan Pengguna Sarawak, Lam Ko Liang; Pengarah Wilayah Sarawak, Abang Jamili Abang Julai; Pengarah Urusan Kumpulan Hartanah Sinar Mekar, Augustine CH Wong; dan Pengarah Pengurusan Operasi SMP, AJ Alexander Wong.

KOTA SAMARAHAN: Sinar Mekar menjalin kerjasama strategik dengan Maybank bagi menawarkan dua skim pembiayaan perumahan kepada pembeli Gustina Residence, sekali gus memudahkan proses memiliki kediaman lengkap dan sedia diduduki.

Inisiatif tersebut memperkenalkan skim pembiayaan hiasan dalaman kediaman serta skim pembiayaan rumah hijau yang memberi kemudahan tambahan kepada pembeli, khususnya dari segi pembiayaan kerja dalaman dan sokongan kepada pembangunan kediaman mampan.

Menurut Pengarah Pengurusan Operasi Sinar Mekar, AJ Alexander Wong, Samarahan kini menunjukkan perkembangan pesat dengan penglibatan aktif pihak industri dan kerajaan dalam pelaburan pembangunan kawasan berkenaan.

“Pembangunan infrastruktur seperti Jambatan Sejingkat serta stesen Sistem Aliran Transit Automasi (ART) yang bakal dibangunkan dijangka meningkatkan kelancaran pergerakan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Kerjasama dengan Maybank bertujuan memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan serta menyiapkan kediaman tanpa menanggung beban kos permulaan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Skim pembiayaan hiasan dalaman kediaman membolehkan pembeli menggabungkan pembiayaan pembelian rumah dengan kos kerja dalaman seperti reka bentuk, perabot dan kelengkapan, sekali gus membolehkan rumah didiami tanpa perlu pengubahsuaian selepas pembelian.

Selain itu, Gustina Residence turut diperakui sebagai pembangunan hijau melalui pensijilan GreenRE, yang melayakkannya menerima kemudahan skim pembiayaan rumah hijau dengan kadar keutamaan serta pembiayaan tambahan bagi kos berkaitan pembelian seperti insurans, yuran guaman dan duti setem.

Terletak berhampiran laluan utama Kuching–Samarahan, projek ini turut disokong kemudahan sekitar seperti Sarawak Heart Centre, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Teknologi MARA, sekali gus meningkatkan potensi sebagai kawasan kediaman dan pelaburan.

Pensijilan hijau projek itu juga selari dengan aspirasi pembangunan negeri di bawah Abang Johari Tun Openg menerusi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 yang menekankan pertumbuhan mampan dan berdaya tahan.

Continue Reading

Previous: Sedar sambut baik pemindahan projek air luar bandar RM3.47 bilion
Next: Peruntukan RM89,000 atasi isu tekanan air di SK Satria Jaya BDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.