Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Itali, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Itali, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERTEMUAN dua hala antara Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama wakil diplomatik Itali dan Bangladesh di Kompleks Satria Pertiwi. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada pagi tadi.

Kunjungan hormat pertama melibatkan Duta Besar Itali ke Malaysia, Raffaele Langella, yang mula bertugas di negara ini sejak awal September tahun lalu.

Pertemuan itu bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam industri kreatif termasuk reka bentuk tradisional, fesyen serta penglibatan pereka muda di Sarawak, selain memperkukuh kerjasama kebudayaan bagi memperluas pengenalan Sarawak di peringkat antarabangsa.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menyatakan bahawa lawatan ke Sarawak memberi peluang untuk memahami potensi negeri ini dengan lebih mendalam, selain menyifatkan Sarawak mempunyai pelbagai kelebihan yang masih belum diterokai sepenuhnya di peringkat global.

PREMIER Sarawak mengadakan perbincangan bersama Raffaele Langella. Foto JAPEN

Beliau juga menekankan potensi Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur dan teknologi selaras dengan perkembangan pasaran tenaga global, yang boleh diterokai melalui pelaburan serta perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.

Selain itu, sektor aeroangkasa, industri berteknologi tinggi dan pembuatan moden turut dikenal pasti sebagai bidang strategik untuk kerjasama pada masa hadapan.

Beliau optimis hubungan dua hala akan terus diperkukuh menerusi lawatan balas delegasi perniagaan serta kerjasama berterusan yang mampu memberi manfaat ekonomi kepada kedua-dua pihak.

Sementara itu, kunjungan hormat kedua melibatkan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury.

MANJURUL Karim Khan Chowdhury ketika ditemui media selepas kunjungan hormat. Foto JAPEN

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama strategik antara Bangladesh dan Sarawak.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju terhadap beberapa garis panduan bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian, pembangunan ekonomi, pelaburan serta pengambilan tenaga kerja mahir bagi menyokong keperluan pembangunan Sarawak khususnya dalam sektor pembinaan dan bidang berkaitan.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Dato Fenny Nuli, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Mosammat Shahanara Monica, serta Menteri Buruh Bangladesh Md Siddiqur Rahman.- JAPEN

Continue Reading

Previous: Ketika krisis minyak dunia, Sarawak sudah mempunyai perancangan tenaga baharu
Next: Timbalan Pengarah Biro Kawalan Narkotik Brunei berkunjung ke IPD Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.