Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar di Pulau Melayu
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar di Pulau Melayu

Utusan Sarawak 10 hours ago
TERBAKAR…Kepulan asap tebal menjulang tinggi akibat kebakaran belukar di Pulau Melayu, Miri, petang tadi.

MIRI: Kepulan asap tebal yang tinggi menarik perhatian penduduk apabila kebakaran belukar berlaku di Pulau Melayu di sini, petang tadi.

Kejadian sekitar jam 3.00 petang itu dipercayai melibatkan kawasan tumbuhan kering di tepi pulau, dengan api dilihat marak dan menghasilkan asap tebal yang jelas kelihatan dari kawasan berhampiran, termasuk di sepanjang sungai.

Tinjauan  di lokasi mendapati keadaan cuaca panas dan kering, selain tiupan angin sederhana, berkemungkinan menjadi faktor yang mempercepatkan penyebaran api di kawasan berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 80 peratus bahan kayu musnah dalam kebakaran kilang di Kidurong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.