Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kunjungan hormat daripada Petronas kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak
  • SEMASA

Kunjungan hormat daripada Petronas kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan delegasi dari pihak Petronas merakamkan kenangan bersama.
Foto : Polis Sarawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Petronas yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan, Mohd Noor Ahmad bertempat di Bilik Tetamu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini petang tadi.

Kunjungan hormat ini adalah untuk mewujudkan kolaborasi antara kedua belah pihak berkaitan isu semasa dan memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan serta kesejahteraan komuniti. Pertemuan ini diharap dapat mempereratkan hubungan kerja antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan Petronas demi kepentingan bersama.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili; Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Roselina Daud serta delegasi dari pihak Petronas.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBALB Sarawak akan laksana 80 projek air luar bandar bernilai RM3.47 bilion
Next: Airbus sokong aspirasi Sarawak dalam penerbangan, berpotensi jadi hab serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.