Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 80 peratus bahan kayu musnah dalam kebakaran kilang di Kidurong
  • KEBAKARAN

80 peratus bahan kayu musnah dalam kebakaran kilang di Kidurong

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEBAKARAN kilang memproses kayu di Kidurong menyebabkan sebahagian besar bahan kayu musnah petang tadi.

BINTULU: 80 peratus bahan kayu jenis papan lapis musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses kayu di Kidurong di sini, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.23 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi.

Jentera bomba tiba lima minit kemudian di lokasi kejadian yang terletak sekitar tiga kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kilang memproses kayu berkeluasan anggaran 150 x 200 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan bahan kayu jenis papan lapis terbakar 80 peratus manakala struktur bangunan turut terjejas sekitar 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran di sebuah kilang memproses kayu di Kidurong.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.30 petang dengan operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan kaedah ofensif dan defensif.

Operasi melibatkan pembentangan empat aliran hos sepanjang 500 kaki serta penggunaan empat nozel dengan sumber air daripada water tanker dan pili bomba berhampiran, selain penggunaan pam angkut secara pengepaman berperingkat.

Operasi turut dibantu BBP Bintulu dengan kekuatan keseluruhan 20 anggota bersama beberapa jentera.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Operasi sukar tanpa sumber air, kebakaran belukar di Kampung Bungai terkawal
Next: Kebakaran belukar di Pulau Melayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.