Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 45 warga asing ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Kuching – JIM
  • JENAYAH

45 warga asing ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Kuching – JIM

Utusan Sarawak 9 hours ago
JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 45 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya ini awal pagi tadi kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Foto BERNAMA

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 45 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya ini awal pagi tadi kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata operasi berkenaan disertai 55 pegawai penguat kuasa yang menyerbu rumah kongsi pekerja di kawasan tapak pembinaan terbabit, termasuk di kawasan Tabuan Jaya.

“Hasil serbuan di dua lokasi ini, kita telah memeriksa 92 warga asing yang mendiami rumah kongsi di sini.

“Daripada jumlah itu, 45 orang dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan telah ditahan iaitu terdiri daripada 39 lelaki dan enam wanita berusia antara 21 hingga 50 tahun,” katanya dalam sidang media operasi berkenaan. 

TIMBALAN Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Datuk Lokman Effendi Ramli pada sesi sidang media selepas mengetuai dalam operasi penguatkuasaan di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya ini awal pagi tadi kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Foto BERNAMA

Beliau berkata antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk dan berada di negara ini serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Dalam serbuan sekitar 1.00 pagi itu, Lokman Effendi berkata pihak JIM turut berdepan cabaran apabila beberapa warga asing cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Ada dalam kalangan mereka cuba melarikan diri serta bersembunyi di kawasan tapak pembinaan, namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke depot imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.- Bernama

Continue Reading

Previous: 26 warga asing ditahan dalam Ops Gegar di Niah
Next: Lima ditahan kes penyalahgunaan dadah di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.