Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Insentif RM44,100 hargai 123 pelajar cemerlang SPM SMK Methodist
  • PENDIDIKAN

Insentif RM44,100 hargai 123 pelajar cemerlang SPM SMK Methodist

Utusan Sarawak 15 hours ago
 TAHNIAH…Joseph Chieng merakam kenangan bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2025 di SMK Methodist hari ini.

SIBU: Seramai 123 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menerima insentif berjumlah RM44,100 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, insentif itu sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pelajar serta galakan untuk terus berjaya pada masa hadapan.

“Sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada 2021, pemberian insentif ini dilaksanakan secara konsisten setiap tahun melibatkan empat sekolah menengah di kawasan Bukit Assek.

 TAHNIAH…Joseph Chieng merakam kenangan bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2025 di SMK Methodist hari ini.

“Sekolah terlibat ialah SMK Methodist, SMK Sacred Heart, SMK Bukit Assek dan Catholic High School yang merangkumi pencapaian dalam peperiksaan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Unified Examination Certificate (UEC),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan SPM 2025 SMK Methodist, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa bermula 2026, kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan melaksanakan pendidikan tertiari percuma di empat universiti dalam negeri.

“Universiti terlibat ialah Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, University of Technology Sarawak (UTS) dan i-CATS University College yang meliputi yuran pengajian penuh bagi bidang utama termasuk perubatan, undang-undang serta STEM,” tambahnya.

Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih adil kepada golongan muda.

Sehubungan itu, beliau menggesa pelajar agar merebut peluang berkenaan serta terus berusaha mencapai kejayaan lebih tinggi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bengkel RSDM perkasa kesedaran kesihatan mental komuniti
Next: Pelajar komputer sains UTP raih pelbagai anugerah di pertandingan kelestarian global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.