Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ringgit jatuh ke paras RM3.97 sedolar berikutan situasi meruncing di Asia Barat
  • SEMASA

Ringgit jatuh ke paras RM3.97 sedolar berikutan situasi meruncing di Asia Barat

Utusan Sarawak 4 days ago
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS diasak tekanan di Asia Barat

KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.

Pada 6.00 petang, ringgit di paras 3.9735/9805 berbanding dolar AS daripada 3.9625/9680 pada penutup Jumaat lepas.

Laporan media menumpukan berita rundingan damai AS-Iran yang berlangsung selama beberapa jam di ibu negara Pakistan semalam, gagal mencapai persetujuan dan disusuli dengan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenakan sekatan ke atas Selat Hormuz.

Markas Pusat Perintah AS (CENTCOM) mengumumkan akan menyekat semua traifik keluar masuk pelabuhan Iran bermula 10.00 pagi, 13 April (waktu timur AS, 1400 GMT).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebuntuan rundingan AS-Iran semalam dan rancangan menyekat Selat Hormuz hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai potensi berlakunya kekurangan minyak dan gas serta kemungkinan menambah tekanan inflasi.

“Pengumuman Trump untuk menyekat trafik di Selat Hormuz hanya mencetuskan kebimbangan bahawa kekurangan minyak dan gas akan memberi tekanan inflasi di masa akan datang,” katanya kepada Bernama.

Setakat petang ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global melonjak 7.28 peratus kepada AS$102.24 setong.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini.

Ini termasuk susut berbanding pound Britain kepada 5.3360/3454 daripada 5.3248/3322, rendah berbanding euro kepada 4.6434/6516 daripada 4.6401/6465 namun naik berbanding yen Jepun kepada 2.4875/4920 daripada 2.4882/4918, Jumaat lepas.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1145/1205 daripada 3.1093/1139 dan susut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.8 daripada 231.6/232.0.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3202/3503 daripada 12.3289/3525 dan stabil berbanding peso Filipina pada 6.60/6.62 daripada 6.60/6.62 sebelum ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ops Tiris 4.0: Kerajaan perhebat lima usaha kekang ketirisan minyak
Next: 7.38 juta transaksi PJRM, bukti keberkesanan intervensi kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.