Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bernama perhalusi perkhidmatan menerusi sesi maklum balas bersama Utusan Sarawak
  • SEMASA

Bernama perhalusi perkhidmatan menerusi sesi maklum balas bersama Utusan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
EKSEKUTIF Khidmat Pelanggan, Liew Kok Ling menyerahkan cenderahati kepada Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh sebagai simbol penghargaan selepas selesai sesi maklum balas di pejabat Utusan Sarawak, di Kuching hari ini.

KUCHING: Pihak Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengadakan sesi pertemuan bersama Utusan Sarawak pagi tadi di ibu pejabat Utusan Sarawak di sini bagi mendapatkan maklum balas pelanggan dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan sebagai penyedia berita.

Sesi tersebut bertujuan meneliti pelbagai aspek penambahbaikan termasuk keperluan pengguna, tahap mesra pengguna sistem serta cadangan bagi mempertingkatkan penyampaian kandungan berita kepada organisasi media.

Delegasi Bernama diketuai Ketua Biro Bernama Sarawak, Ammar Shafiq Hamzah bersama Eksekutif Khidmat Pelanggan, Liew Kok Ling, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bong Wee Tieng serta Pentadbir, Yazid Redzuan.

SESI perbincangan antara pihak Bernama dan Utusan Sarawak.

Sementara itu, pihak Utusan Sarawak diketuai Penasihat Editorial Eksekutif, Kadir Dikoh; Editor Kanan, Yanti Sham, Ketua Wartawan, Shahrul Qaizat Marzuki serta dua Sub Editor iaitu Nurul Syakinah Wahed dan Jacqueline Teressa Kujang.

Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan berhubung keperluan semasa industri media selain menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam memastikan penyampaian berita yang lebih efisien dan relevan kepada pembaca.

Pertemuan itu juga mencerminkan komitmen berterusan Bernama dalam memperkukuh hubungan dengan organisasi media serta memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Harga minyak naik lapan peratus selepas Trump umum sekatan di Selat Hormuz
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Konsul Republik Rakyat China di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.