Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir
  • NASIONAL

Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir

Utusan Sarawak 9 hours ago
KERAJAAN teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir. Foto Bernama

SUNGAI PETANI: Kerajaan sedang meneliti secara komprehensif cadangan untuk memperluaskan pelaksanaan subsidi diesel bagi memastikan lebih banyak golongan terkesan, termasuk petani mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kerajaan sentiasa mendengar keluhan kumpulan itu yang terjejas akibat kenaikan harga diesel dan kini sedang mengenal pasti kaedah membantu mereka.

Beliau berkata, antara yang diteliti pelaksanaan subsidi bersasar seperti dalam program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), selain perluasan penggunaan kad armada kepada golongan lain yang sebelum ini tidak menerima kemudahan berkenaan, termasuk petani.

“Jadi, itu semua dalam kajian termasuk keluhan daripada golongan petani yang ada sebahagiannya tidak melanggan kepada skim yang ada sekarang ini tetapi mereka ini terkesan.

“Kerajaan sedang meneliti secara komprehensif keseluruhan perkara ini supaya tidak ada mana-mana pihak yang kemudian tertinggal apabila kajian dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Perpaduan Raya Segayong di Gurun di sini malam tadi.

Beliau berkata, kejayaan pelaksanaan program BUDI95 yang mencatatkan masalah minimum menjadi rujukan penting dalam merangka pendekatan baharu bagi perluasan subsidi diesel, dengan penekanan kepada pelaksanaan yang lebih cekap, mudah dan lancar.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira cabaran fiskal semasa apabila perbelanjaan bagi menampung kenaikan mendadak harga minyak daripada sekitar RM700 juta kepada RM6 bilion.

“Peningkatan ini menunjukkan komitmen besar kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terkesan secara serius akibat kenaikan harga minyak global namun pada masa sama kita perlu menilai keupayaan kewangan semasa,” katanya.

Muhammad Kamil berkata, langkah rasionalisasi subsidi, penjimatan perbelanjaan serta penguatkuasaan bagi mengawal ketirisan sebelum ini membolehkan negara menampung kesan kenaikan harga minyak global setakat ini.

“Tapi kalau kosnya terus meningkat, saya tidak fikir kita wajar untuk terus berada dalam keadaan sekarang ini, sebaliknya kita perlu melakukan penyesuaian dan berganjak sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa,” katanya.

Mengenai isu perkhidmatan feri ke Langkawi yang turut terkesan, beliau berkata, perkara berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan yang akan menilai sebarang cadangan penambahbaikan, termasuk implikasi terhadap sektor pelancongan di pulau peranginan itu.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 329,000 tong diesel dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia – MTEN
Next: KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.