Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal tergelincir, City kembali hidupkan saingan kejuaraan
  • SUKAN

Arsenal tergelincir, City kembali hidupkan saingan kejuaraan

Utusan Sarawak 18 hours ago
BOURNEMOUTH meraikan gol kedua mereka menentang Arsenal di Stadium Emirates. Foto AFP

LONDON: Arsenal mengalami tamparan besar dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tewas 2-1 di laman sendiri kepada Bournemouth di Stadium Emirates sebentar tadi, sekali gus membuka semula peluang Manchester City dalam perebutan takhta liga.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi Junior Kroupi pada minit ke-17 sebelum Arsenal menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Viktor Gyökeres pada penghujung babak pertama.

Arsenal melakukan beberapa pertukaran menyerang pada separuh masa kedua, namun gagal menembusi benteng kemas Bournemouth yang dikendalikan Andoni Iraola.

Bournemouth kembali mendahului pada minit ke-74 apabila Alex Scott menyudahkan satu gerakan kemas dengan rembatan deras menewaskan David Raya.

Arsenal cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi tidak cukup tajam di hadapan gol dan terpaksa akur dengan kekalahan kedua di laman sendiri musim ini.

Dengan enam perlawanan berbaki, Arsenal kekal di puncak liga dengan kelebihan sembilan mata ke atas Manchester City, namun skuad Pep Guardiola berpeluang merapatkan jurang kepada hanya tiga mata jika menang ke atas Chelsea dan Arsenal dalam pertemuan seterusnya di Etihad.

Arsenal sebelum ini hadir dengan keyakinan tinggi selepas kemenangan lewat 1-0 ke atas Sporting Lisbon dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara, namun tampak kurang bertenaga menentang Bournemouth yang bermain lebih tersusun dan berani.

Kroupi, 19, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi remaja pertama sejak Robbie Keane pada musim 1999/2000 menjaringkan 10 gol dalam musim debut Liga Perdana.

Kai Havertz pula mensia-siakan peluang keemasan awal sebelum Arsenal akhirnya menyamakan kedudukan melalui penalti Gyökeres selepas bola terkena tangan Ryan Christie.

Percubaan Arteta untuk mengubah tempo permainan dengan memasukkan beberapa pemain menyerang termasuk Eberechi Eze dan Leandro Trossard gagal memberi impak, apabila Arsenal terus bergelut mencipta peluang bersih sehingga wisel penamat.

Kekalahan ini menamatkan harapan awal Arsenal untuk memburu empat kejuaraan musim ini selepas tersingkir dalam Piala Liga kepada City dan kejutan di Piala FA menentang Southampton. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukma 2026: Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari
Next: Salah, Ngumoha reda krisis Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.