Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 6.00 petang

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang.

Amaran sama turut melibatkan Cameron Highland, Pahang dan Kuching, Sarawak.

Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu).- Bernama

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam

Perbahasan berkisar penubuhan Malaysia

(Bahagian Kedua) MINGGU lepas wacana ini telah membicarakan sebahagian daripada perbahasan tentang Malaysia di Parlimen Tanah Melayu. Wacana kali ini