Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM: Anak luar bandar mampu bersaing, ADUN Kabong bangga pencapaian SMK Kabong
  • PENDIDIKAN

SPM: Anak luar bandar mampu bersaing, ADUN Kabong bangga pencapaian SMK Kabong

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SMK Kabong yang berlangsung malam tadi. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

​Beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti jelas bahawa kekangan geografi bukan penghalang untuk anak-anak luar bandar bersaing di peringkat tertinggi dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik setaraf dengan kawasan bandar.

​”Pencapaian ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa dengan azam yang kuat, anak-anak kita mampu mengukir nama di persada pendidikan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SMK Kabong yang berlangsung malam tadi.

​Mengulas lanjut mengenai keputusan SPM tersebut, seramai 27 pelajar sekolah berkenaan telah mencatatkan keputusan yang amat membanggakan termasuk seorang pelajar yang berjaya memperoleh 9A dan seorang lagi memperoleh 8A.

​Turut direkodkan ialah tiga pelajar memperoleh 7A, empat pelajar 6A, 12 pelajar 5A dan enam pelajar memperoleh 4A, sekali gus meletakkan SMK Kabong sebagai antara institusi yang berjaya melahirkan modal insan berdaya saing.

RAKAMAN gambar pelajar cemerlang SPM SMK Kabong pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SMK Kabong yang berlangsung malam tadi. Foto ADUN Kabong

​Dalam majlis itu, Chee Kadir turut memberikan penghormatan khusus kepada Haziq Fakhrullah Azizan atas kecemerlangan luar biasanya dan berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

​Sebagai tanda sokongan padu terhadap pendidikan, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak 21 unit iPad kepada pelajar cemerlang serta insentif wang tunai kepada enam pelajar yang mencatatkan keputusan terbaik.

​Sumbangan tersebut bukan sekadar bantuan material, malah merupakan simbol galakan dan suntikan semangat daripada pihak kepimpinan agar para pelajar terus konsisten mengejar ilmu ke peringkat lebih tinggi.

​Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas utama dalam membentuk masa depan, justeru komitmen untuk membantu pihak sekolah dari segi kemudahan infrastruktur dan sokongan kebajikan akan terus menjadi keutamaan beliau.

​

“Kejayaan tidak datang dengan mudah, ia menuntut usaha, disiplin yang tinggi serta pengorbanan, dan program insentif seperti ini akan diteruskan sebagai pelaburan jangka panjang untuk generasi masa depan,” tambah beliau lagi.

​Chee Kadir juga tidak lupa merakamkan penghargaan tertinggi kepada barisan pendidik yang cekal mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan moral dan material sehingga membolehkan anak-anak mereka mencapai kejayaan.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Meryani Yassin, Pengetua SMK Kabong, Ismail Mohamad, Yang Dipertua PIBG, Noraidi Sharie, serta barisan guru dan kakitangan sekolah.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting tawar lebih 300 peluang pekerjaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.