Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting tawar lebih 300 peluang pekerjaan 
  • PENDIDIKAN

Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting tawar lebih 300 peluang pekerjaan 

Utusan Sarawak 12 hours ago
UNTUK ALBUM...Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Budaya, Datuk Sebastian Ting (tujuh dari kanan)bersama tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama para peserta yang hadir pada majlis perasmian Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting ke-5 di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

MIRI: Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan kepada belia dan pencari kerja menerusi Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting ke-5 yang membuka tirai di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Program yang berlangsung dari 10 hingga 12 April itu menghimpunkan sebanyak 40 institusi pendidikan dan 20 syarikat, sekali gus menyediakan platform sehenti kepada pelajar dan pencari kerja untuk meneroka peluang pendidikan serta kerjaya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Budaya, Datuk Sebastian Ting dalam ucapan perasmian pameran tersebut hari ini berkata, pameran berkenaan bertujuan membantu pelajar dan graduan memahami hala tuju mereka dalam bidang pendidikan dan pekerjaan melalui penyediaan pelbagai maklumat penting.

“Platform ini menghimpunkan peluang pendidikan tinggi, pilihan kursus, biasiswa, bantuan kewangan, skim pinjaman pendidikan serta laluan kerjaya dan maklumat industri,” katanya.

Selain itu, pameran berkenaan turut menampilkan ceramah harian serta sesi perkongsian oleh syarikat bagi memberikan pendedahan terkini mengenai keperluan pasaran kerja.

Turut serta dalam pameran tersebut ialah pelbagai organisasi termasuk yayasan, badan pembiayaan pendidikan tinggi dan institusi kewangan yang menyediakan khidmat nasihat berkaitan bantuan kewangan kepada pelajar.

Program ini dianjurkan bersama oleh Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) Cawangan Piasau Youth Section dan Miri Education Initiative Society (MEIS), dengan kerjasama MMS Education Centre, Pejabat Pendidikan Bahagian Miri serta Pertubuhan Keselamatan Sosial Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa digesa memainkan peranan aktif menyokong perkembangan anak
Next: SPM: Anak luar bandar mampu bersaing, ADUN Kabong bangga pencapaian SMK Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.