Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kukuh peneraju ekonomi hijau, FELDA sasar kerjasama strategik
  • SEMASA

Sarawak kukuh peneraju ekonomi hijau, FELDA sasar kerjasama strategik

Utusan Sarawak 11 hours ago
KUNJUNGAN… Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau apabila Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melihat potensi besar untuk menjalin kerjasama strategik dengan negeri ini khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pengurusan tanah dan pembangunan mampan.

Pengerusinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menegaskan Sarawak merupakan antara negeri yang ke hadapan dalam pelaksanaan dasar ekonomi hijau termasuk penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro.

Menurutnya, FELDA melihat terdapat titik persamaan yang boleh membuka ruang kerjasama lebih luas, khususnya dalam merangka dasar berkaitan kelestarian alam sekitar di peringkat nasional.

“Sebagai contohnya, Kerajaan Persekutuan mempunyai undang-undang berkaitan alam sekitar yang akan diperkenalkan di mana konsep cukai karbon akan diperkenalkan yang memerlukan mekanisme imbangan seperti kredit karbon.

“Ini antara pandangan yang saya maksudkan, bahawa Sarawak merupakan negeri yang sangat maju dalam mengemukakan perkara-perkara ini, khususnya dari segi usaha menjaga kelestarian hutan serta menguruskan ladang dengan baik, di samping menjana sumber pendapatan baharu melalui kredit karbon dan sebagainya,” katanya.

KUNJUNGAN… Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Sri Ahmad Shabery turut memaklumkan bahawa proses penjualan Hotel Merdeka Palace di Kuching kini berada di peringkat akhir selepas mencapai persetujuan dengan pihak Pemodalan Satok Berhad.

“Setakat ini, persetujuan telah dicapai dan proses kini berada pada peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan pihak berkaitan.

“Kita mahu memastikan hotel yang mempunyai nilai sejarah penting kepada Kuching ini diuruskan oleh pihak yang bersesuaian dengan kepentingan negeri dan negara,” ujarnya.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Next: Kerajaan Persekutuan, Sarawak tubuh jawatankuasa khas selaras dasar karbon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.