Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Operasi hari pertama padam kebakaran belukar Jalan Sakam ditangguh
  • KEBAKARAN

Operasi hari pertama padam kebakaran belukar Jalan Sakam ditangguh

Utusan Sarawak 20 hours ago
PASUKAN bomba berusaha memadam dan mengawal kebakaran belukar di Jalan Sakam. Foto PGO JBPM Sarawak

SARIKEI: Operasi hari pertama pemadaman kebakaran belukar di Jalan Sakam ditangguhkan pada 10.59 malam dan kebakaran telah merebak jauh ke kawasan yang tiada akses jalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.54 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman diketuai komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas bersama kekuatan seramai 11 anggota bomba.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kawasan belukar dan kerja pemadaman dilaksanakan menggunakan dua aliran hos hantaran sepanjang 1,000 kaki dengan bantuan pam jentera serta sumber air dari pili bomba berhampiran bagi mengawal dan mengelakkan api merebak ke kawasan tapak pembinaan perumahan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

API kelihatan masih marak membakar belukar. Foto PGO JBPM Sarawak

Katanya, kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira empat hektar dengan 1.22 berjaya dipadam, manakala baki 2.78 hektar masih terbakar setakat hari pertama operasi.

“Operasi telah ditangguhkan pada 10.59 malam, dimana kebakaran telah merebak jauh ke kawasan yang tiada akses jalan.

“Operasi pemadaman akan disambung semula pagi esok (Khamis),” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Asap dari rumah kosong rupanya kebakaran kecil di bumbung
Next: Dua rumah setingkat terbakar di Buntal Seafood Centre

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.