Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aidilfitri perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum
  • WILAYAH

Aidilfitri perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum

Utusan Sarawak 15 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama warga KEMAS di Pusat Sumber KEMAS Sungai Baron. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Perpaduan masyarakat berbilang kaum terus diperkukuh melalui sambutan Aidilfitri yang diraikan bersama dalam suasana harmoni, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, sambutan Aidilfitri bukan sahaja signifikan kepada umat Islam, malah menjadi medium penting untuk rakyat pelbagai kaum berkongsi kegembiraan dan memahami budaya masing-masing melalui amalan rumah terbuka.

“Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sarikei.

“Terima kasih kepada Pegawai KEMAS Bahagian Sarikei, Wan Zairul Wan Zin dan seluruh warga KEMAS kerana menjemput saya ke majlis ini,” katanya ketika menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran KEMAS Bahagian Sarikei di Pusat Sumber KEMAS Sungai Baron, baru-baru ini. 

Tambahnya, sambutan Aidilfitri bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kaum, malah memupuk sikap saling menghormati dan bermaafan sekali gus memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Kuong Hiing turut menegaskan bahawa kerjasama dan perpaduan merupakan kunci utama dalam membentuk organisasi yang cemerlang, khususnya dalam usaha membangunkan masyarakat luar bandar serta memupuk semangat muhibah antara penduduk, jabatan kerajaan dan pemimpin setempat.

Di majlis tersebut, beliau mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM2,000 kepada Pusat Sumber KEMAS Sungai Baron.

Selain itu, Kuong Hiing turut memaklumkan bahawa permohonan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi 2027 akan dikemukakan untuk menaik taraf bangunan pusat sumber tersebut melibatkan kerja pendawaian elektrik, pemasangan penyaman udara dan pembaikan bumbung yang bocor.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai KEMAS Sarikei, Banggie Mujap dan Pengerusi Pusat Sumber KEMAS Sungai Baron, Tuai Rumah Jerome Liban.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Hock Ching San Pakan-Wak disaran diaktifkan semula perkukuh perpaduan komuniti
Next: BBP Bintangor giat pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran, pastikan premis selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.