Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dialog NVP perkasa kepimpinan belia, galak peranan generasi muda dalam pembangunan mampan
  • WILAYAH

Dialog NVP perkasa kepimpinan belia, galak peranan generasi muda dalam pembangunan mampan

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGERUSI penganjur program, Sue Ching menyerahkan sijil kepada Naib Presiden JCI Malaysia 2026, Dax Ting Sie Wee sambil disaksikan oleh Wong Siew Wu. Foto JCI Sarikei

SARIKEI: Penganjuran program Dialog NVP oleh Junior Chamber International (JCI) Sarikei menjadi platform penting dalam memperkasa kepimpinan belia dan meningkatkan kesedaran terhadap peranan generasi muda dalam menyumbang kepada pembangunan mampan melalui penglibatan aktif dalam komuniti. 

Menurut JCI Sarikei, program tersebut dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada ahli mengenai perjalanan kepimpinan dalam organisasi di samping memperkukuh kefahaman tentang tanggungjawab belia dalam menyokong pembangunan masyarakat secara berterusan.

“Program ini menampilkan Naib Presiden JCI Malaysia 2026 yang juga Presiden JCI Jalan Tanjung Kidurong 2024, Dax Ting Sie Wee sebagai penceramah jemputan.

“Dengan pengalaman yang luas, beliau berkongsi perjalanan peribadi bagaimana beliau berkembang langkah demi langkah dalam organisasi JCI sehingga menjadi seorang pemimpin, serta memberikan cadangan bernas untuk pembangunan organisasi pada masa hadapan.

“Beliau turut menekankan bahawa pemimpin muda mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk menyumbang kepada pembangunan mampan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

NAIB Presiden JCI Malaysia 2026, Dax Ting Sie Wee (kanan), Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu (kiri) dan pengerusi penganjur program, Sue Ching (tengah) bergambar bersama yang lain. Foto JCI Sarikei

Tambahnya, Dax Ting turut menjelaskan bagaimana JCI boleh menggalakkan konsep kelestarian melalui khidmat komuniti dan aktiviti alam sekitar.

“Selain itu, beliau juga menggalakkan ahli untuk mengambil tindakan dalam komuniti, mengubah gaya hidup bagi mengurangkan pembaziran, menjaga alam sekitar dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan mampan.

“Program ini turut dihadiri Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu dan pengerusi penganjur program, Sue Ching.

“Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti JCI Sarikei, orang ramai boleh menghubungi Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu di talian 019-9228887,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kepimpinan kampung perlu bersikap terbuka demi pembangunan mampan
Next: Persatuan Hock Ching San Pakan-Wak disaran diaktifkan semula perkukuh perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.