Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita dari Limbang hidap kanser darah, rayu sumbangan orang ramai
  • TEMPATAN

Wanita dari Limbang hidap kanser darah, rayu sumbangan orang ramai

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Fadillah Yusof yang berkesempatan menziarahi Nurul Fithriyani serta menyantuni kedua ibu bapa dan suaminya Mohd Taufiq Abd Rahim. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Harapan sepasang suami isteri dari Limbang, Sarawak untuk melihat anak sulung mereka kembali sihat kini bergantung kepada keprihatinan orang ramai, selepas wanita itu disahkan menghidap kanser darah sejak Oktober 2024.

Nurul Fithriyani Mahrip, 31, menghidap kanser darah (Relapsed or Refractory B-cell Acute Lymphoblastic Leukemia atau R/R B-ALL), iaitu sejenis kanser darah yang agresif dan memerlukan rawatan intensif serta kos yang tinggi.

Sarimah Mingai, 55, berkata sejak anaknya Nurul Fithriyani menghidap kanser, kehidupan mereka sekeluarga semakin terhimpit, bukan sahaja dari segi emosi tetapi juga kewangan.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Fadillah Yusof yang berkesempatan menziarahi Nurul Fithriyani serta menyantuni kedua ibu bapa dan suaminya Mohd Taufiq Abd Rahim. Foto Facebook Fadillah Yusof

“Kos rawatan yang perlu ditanggung sangat tinggi dan kami sudah tidak mampu menampungnya sendiri,” katanya kepada Bernama.

Sarimah berkata mereka memerlukan kira-kira RM460,000 bagi membolehkan Nurul Fithriyani menjalani rawatan lanjut, termasuk imunoterapi Inotuzumab Ozogamicin dan Terapi inovatif CAR-T Cell. 

Sejak itu juga, Sarimah dan suaminya terpaksa meninggalkan kehidupan mereka di Limbang untuk menetap sementara di Kuala Lumpur demi menemani anaknya itu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kami menyewa rumah di sini supaya lebih dekat dengan hospital. Di Limbang, kami hanya mempunyai restoran kecil-kecilan, namun pendapatan yang ada tidak mampu menampung kos rawatan yang kini mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini Nurul Fithriyani telah menjalani pemindahan sumsum tulang, namun sel kanser kembali aktif hanya tiga bulan selepas prosedur berkenaan.

Setakat ini, Nurul Fithriyani telah melalui beberapa siri rawatan termasuk kemoterapi Idarubicin, kombinasi Venetodex, Bortezomib dan Vincristine, namun memerlukan rawatan lanjut kerana sel kanser itu masih aktif.

Beliau berharap sumbangan daripada orang ramai dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan kepada ayah Nurul Fithriyani, iaitu Mahrip Onga melalui akaun RHB Bank 1612 8000 0002 08 atau menghubungi Sarimah di talian 019-835 7273.

Kisah keluarga itu turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Fadillah Yusof yang berkesempatan menziarahi Nurul Fithriyani serta menyantuni kedua ibu bapa dan suaminya Mohd Taufiq Abd Rahim.

“Terima kasih Pengarah yang juga Pakar Perunding PPUM Prof Dr Zulkifle Abu Bakar yang hadir sama dan turut menerangkan mengenai rawatan yang diberikan kepada Nurul Fithriyani.

“Sama-sama kita mendoakan semoga keluarga ini terus dikurniakan Allah SWT kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan perubatan dan rawatan Nurul Fithriyani dipermudahkan dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang sentiasa komited serta bertungkus-lumus merawat semua pesakit tanpa mengira waktu.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TPM Fadillah luang masa ziarah jurufoto Bernama Razali Nordin di HUS
Next: Wawasan bukan parti pembangkang, fokus politik konstruktif – Affendi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.