KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah mengarahkan pihak kontraktor terlibat dan pemilik atau penyewa tapak industri di Taman Industri Kota Sentosa supaya memastikan barangan terpakai atau barangan yang tidak dipakai, disimpan di premis masing-masing.
Bahan sisan atau buangan pula seharusnya dibuang di tempat yang betul dan bukan di tepi jalanan seperti amalan selama ini.
Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata, ini adalah untuk memastikan MPP dapat menjalankan semua kerja penyelenggaraan di kawasan industri ini tanpa sebarang halangan.
“Para pemilik dan penyewa perlu memberi kerjasama kepada pihak MPP untuk memastikan keadaan persekitaran dapat dipelihara dengan baik,” ujar beliau.
Di pihak MPP pula kata beliau, mereka akan melaksanakan tugas dan memohon peruntukan bagi semua kerja penyelenggaran berkenaan jalan.
“Pihak MPP pula akan memastikan ia menjalankan tugasnya sambil memohon kepada peruntukan untu
Beliau menambah kata, masalah seperti air tertakung dan parit tersumbat di Jalan Utama Batu Kitang adalah akibat masalah parit.
Memandangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab ke atas sistem jalan, Lo berkata MPP akan meminta tindakan JKR bagi memastikan masalah takungan air dan parit tersumbat ini diambil tindakan.
Selain itu kata beliau, masalah belukar yang menghalang pandangan lalu lintas di sana juga telah diutarakan kepada JKR.
Oleh Connie Chieng