KUCHING: Seramai 98 penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar Astana Negeri di sini, baru-baru ini.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) kepada dua orang penerima iaitu Penolong Pengarah di Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Azmi Usup dan Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Mansor Borhan.
Istiadat kemudiannya diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) kepada 62 penerima yang didahului oleh Datin Awing Wan.
Manakala, 34 penerima dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingkat Perkhidmatan Terpuji ( P.P.T).
Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan tetamu kenamaan lain.