Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mimi Fly bakal wakili Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival 2026
  • HIBURAN

Mimi Fly bakal wakili Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENYANYI popular Mimi Fly bakal membawa nama Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung pada 18 dan 19 April ini di Araneta Coliseum, Filipina. Festival yang dikenali sebagai ROUND 2026 itu bertujuan mempromosikan pertukaran budaya antara Korea Selatan dan negara-negara ASEAN melalui persembahan muzik, koreografi dan kolaborasi kreatif sesama artis serantau. Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan peluang mewakili Malaysia sebagai satu penghormatan besar dan bertekad memberikan persembahan terbaik bagi mengangkat nama negara ke pentas antarabangsa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Mimi Fly bakal membawa nama Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung  pada 18 dan 19 April ini di Araneta Coliseum, Filipina.

Festival yang dikenali sebagai ROUND 2026 itu bertujuan mempromosikan pertukaran budaya antara Korea Selatan dan negara-negara ASEAN melalui  persembahan muzik, koreografi dan kolaborasi kreatif sesama artis serantau.

Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan peluang mewakili Malaysia sebagai satu penghormatan besar dan bertekad memberikan persembahan terbaik bagi mengangkat nama negara ke pentas antarabangsa.

“Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini yang merupakkan peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa. 

“Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiap diri untuk persembahan itu nanti… saya hanya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis sidang media Konsert For You: Nourul, di sini, semalam.

Selain Mimi, festival itu akan menampilkan artis pilihan ASEAN termasuk Pamungkas (Indonesia), Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) dan 10CM (Korea Selatan).

Pelantun yang popular menerusi lagu Angkat dan Serumpun itu akan membawakan beberapa lagu dalam persembahan berdurasi 25 minit, dengan sokongan 16 penari dari Malaysia dan Filipina.

Di sebalik kesibukan itu, Mimi juga bakal tampil sebagai artis undangan dalam Konsert For You: Nourul yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei ini. 

Bekas anggota One Nation Emcees itu menganggap undangan sebagai artis jemputan dalam konsert berkenaan sebagai satu penghormatan dan mengukuhkan lagi hubungan profesional serta persahabatannya dengan Nourul.

“Kak Nourul ada DM (mesej langsung di Instagram) Mimi. Dia cakap dia nak buat konsert dan minta sokongan penuh saya. Pada awalnya tarikh ini bertindih… (jadi) saya gembira sebab tarikh diubah dan akhirnya dapat bekerjasama,” katanya, menambah Nourul antara artis senior yang sering menyokong karya-karyanya selain sentiasa memberi mesej positif.

Selain itu, Mimi turut berkongsi beliau menjalankan kelas tarian dan menjadi guru yoga sebagai cara mengekalkan kesihatan fizikal dan mental serta berkongsi minatnya dengan masyarakat.

“Saya suka mengajar tarian dan yoga kerana aktiviti ini bukan sahaja bantu saya kekal cergas, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk jaga diri. Aktiviti ini melengkapkan kerjaya seni saya,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nourul terus bukti komitmen anjur konsert sulung walau berdepan cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.