Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Malaysia, China ekonomi berdaya tahan di Asia ketika ketidaktentuan pasaran tenaga 
  • GLOBAL

Malaysia, China ekonomi berdaya tahan di Asia ketika ketidaktentuan pasaran tenaga 

Utusan Sarawak 6 hours ago
MALAYSIA, China ekonomi berdaya tahan di Asia ketika ketidaktentuan pasaran tenaga . Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat.

Dalam wawancara dengan Stesen Media CNBC baru-baru ini, Ketua JP Morgan bagi Asia merangkap Ketua Bersama Strategi Ekuiti Pasaran Pesat Membangun Global Rajiv Batra berkata, selain China dan Malaysia, kebanyakan ekonomi di rantau ini dilihat lebih terdedah kepada kejutan tenaga.

Beliau berkata, kekuatan Malaysia terletak kepada profil eksport tenaga dan rangka kerja dasar yang berdisiplin, yang menyediakan penampan terhadap tekanan luaran.

“Defisit fiskal Malaysia terkawal dengan baik berikutan dasar kerajaan dan kadar inflasi yang tidak terlalu tinggi,” katanya.

Menurutnya, faktor-faktor ini membantu menyokong bukan sahaja pasaran ekuiti negara malah mata wangnya dalam keadaan tekanan luaran.

Sementara itu, Rajiv berkata, China hanya bergantung kepada import sebanyak lima peratus sahaja daripada penjanaan elektriknya manakala sebahagian besar elektrik dijana dalam negara itu sendiri.

Selain itu, China mengekalkan rizab strategik yang besar dan mempunyai kemampuan untuk meningkatkan sumber tenaga alternatif termasuk arang batu dan tenaga boleh baharu sekiranya perlu.

Rajiv bagaimanapun berkata, prospek ekonomi secara umumnya masih tidak menentu, dan sekiranya ketegangan geopolitik terus menjejaskan rantaian bekalan minyak dan gas, terutama melalui kerosakan infrastruktur dan kelewatan logistik, pertumbuhan global mungkin menghadapi tekanan. 

Bagi pasaran ekuiti, Rajiv berkata, kesan yang cepat dijangka berlaku kepada sektor yang sensitif terhadap tenaga seperti barangan pengguna, utiliti dan industri hiliran.

Beliau bagaimanapun berkata, jika situasi itu berlarutan, keadaan ini boleh mencetuskan impak meluas terhadap kewangan, teknologi, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.

Rajiv berkata, walaupun terdapat risiko-risiko ini, pasaran masih belum mengambil kira sepenuhnya kemungkinan situasi paling buruk, dan masih menganggap ekonomi akan terus bergerak perlahan walaupun mengalami cabaran. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru meletus sembilan kali hari ini, cetus aliran piroklastik
Next: Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.