Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus sembilan kali hari ini, cetus aliran piroklastik
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus sembilan kali hari ini, cetus aliran piroklastik

Utusan Sarawak 6 hours ago
MELETUS… Gunung Semeru di Jawa Timur meletus sembilan kali hari ini, dengan letusan terbaharu menghasilkan tiang abu setinggi 800 meter di atas puncaknya dan mencetuskan aliran piroklastik sehingga 3.5 kilometer (km) ke bawah cerun tenggaranya.

JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur meletus sembilan kali hari ini, dengan letusan terbaharu menghasilkan tiang abu setinggi 800 meter di atas puncaknya dan mencetuskan aliran piroklastik sehingga 3.5 kilometer (km) ke bawah cerun tenggaranya.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru Mukdas Sofian berkata gunung berapi itu, yang tertinggi di Pulau Jawa, telah meletus sejak 12.21 tengah malam, dengan letusan kesembilan dicatatkan pada 8.49 pagi.

“Tiang abu pada 8.49 pagi diperhatikan berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal melayang ke arah barat daya, manakala rakaman seismik menunjukkan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh kira-kira empat minit enam saat,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA, pada Ahad.

Mukdas berkata letusan paling kuat berlaku pada 1.01 pagi, menghasilkan tiang abu mencecah kira-kira 1,000 meter di atas puncak, dengan intensiti sederhana hanyut ke barat daya. 

Pihak berkuasa berkata Gunung Semeru kekal pada status Tahap III (Awas).

Penduduk dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti dalam jarak 13 km di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan.

Mereka juga dilarang berada dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai di sepanjang kawasan yang sama kerana risiko pengembangan aliran piroklastik dan aliran lahar mencecah sehingga 17 km dari puncak.

Selain itu, orang ramai dilarang melakukan aktiviti dalam radius 5 km dari kawah kerana bahaya lonjakan batu pijar.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua gempa bumi landa timur Indonesia, tiada kerosakan, mangsa
Next: Malaysia, China ekonomi berdaya tahan di Asia ketika ketidaktentuan pasaran tenaga 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.