Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi Semut di Bario bukan sekadar peringatan tetapi inspirasi
  • TEMPATAN

Operasi Semut di Bario bukan sekadar peringatan tetapi inspirasi

Utusan Sarawak 11 hours ago
HADIR… Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew diiringi ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala semasa hadir pada Majlis Peringatan ke-81 pendaratan Operasi Semut di Bario hari ini. 

MIRI: Peringatan ulang tahun ke-81 Operasi Semut di Bario hari ini bukan sekadar mengimbau sejarah, sebaliknya menjadi sumber inspirasi kepada generasi masa kini untuk terus menghargai keamanan dan kebebasan yang dikecapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata semangat keberanian dan kerjasama antara pasukan Bersekutu dengan masyarakat tempatan ketika operasi itu wajar dijadikan teladan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata keberanian serta pengorbanan masyarakat pedalaman, khususnya komuniti Kelabit, memainkan peranan besar dalam usaha membebaskan Sarawak semasa Perang Dunia Kedua.

“Peringatan seperti ini bukan sekadar mengenang jasa generasi terdahulu, malah menjadi pengingat tentang nilai perpaduan dan kerjasama dalam mempertahankan keamanan,” katanya.

UNTUK ALBUM… Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (duduk, enam dari kanan)dan ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala (duduk,tujuh Dari kanan) bersama tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan Majlis Peringatan ke-81 pendaratan Operasi Semut di Bario hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan  merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang menyempurnakan Majlis Peringatan ke-81 pendaratan Operasi Semut di Bario.

Operasi Semut pada 1945 merupakan sebahagian strategi pihak Bersekutu untuk menamatkan pendudukan tentera Jepun di Borneo, dengan penglibatan pasukan khas Australia dikenali sebagai Unit Khas Z yang diterjunkan ke kawasan tanah tinggi Kelabit.

Pasukan itu kemudian bekerjasama dengan penduduk tempatan bagi menjalankan misi risikan, melancarkan serangan serta membantu membebaskan kawasan pedalaman Sarawak daripada pendudukan musuh.

Majlis turut dihadiri wakil diplomatik dan ketenteraan antarabangsa serta pemimpin masyarakat tempatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kasih seorang datuk, Orai sertai GoBald 2026 kenang cucu tersayang
Next: Ops HRA 2026: Pemantauan dipertingkat di beberapa daerah menjelang hujung minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.