Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembinaan Jalan Bario ke Pa Lungan menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan pedalaman
  • Utara
  • WILAYAH

Projek pembinaan Jalan Bario ke Pa Lungan menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan pedalaman

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Gerawa Galat menyempurnakan pecah tanah projek pembinaan jalan dari Bario ke Pa Lungan.

BARIO: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigreen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menyempurnakan Majlis pecah Tanah dan Doa Pemberkatan Projek, Proposed Completion Of Remaining Works For Improvement Of Existing From Bario To Pa Lungan di sini semalam.

Majlis ini menandakan satu langkah penting dalam usaha berterusan kerajaan Sarawak melalui RECODA dan Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi ( HDA)  bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur luar bandar demi kejahteraan rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

Datuk Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Mulu berkata projek ini melibatkan pembinaan jajaran jalan sepanjang 12 kilomter dengan standard R1 selebar lima meter yang direka bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Katanya daripada jumlah tersebut sembilan meter akan dibina dengan kemesan gravel manakala tiga kilomter lagi menggunakan kemasan konkrit, mengambil kira keadaan muka bumi serta kesesuaian pengguna di kawasan tersebut.

Selain itu tambah beliau projek ini merangkumi pembinaan sebuah jambatan besi sepanjang 200 meter yang akan menjadi penghubung penting bagi memudahkan pergerakan penduduk serta pengangkutan barangan antara Bario dan  Pa Lungan.

Tegasnya dengan adanya kemudahan ini perjalanan yang sebelum ini agak mencabar terutama ketika musim hujan dijangka menjadi lebih lancar dan selamat.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa projek ini sebenarnya telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu, namun begitu kontraktor asal gagal menyiapkan projek tersebut.

Sehubungan itu jelas Gerawat kontrak berkenaan telah ditamatkan dan pihak RECODA kemudiannya mengambil langkah dengan menender semula projek ini dan kini projek tersebut telah dianugerahkan kepada kotraktor yang lebih berpengelaman dan berkeupayaan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkualiti serta mengikut jadual yang ditetapkan.

Tambahnya projek ini dilaksanakan dengan kos keseluruhan RM50 juta mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak bagi memastikan kawasan pedalaman turut menikmati pembangunan infrastruktur yang lebih baik.

Tegasnya jalan yang lebih sempurna bukan sahaja memudahkan mobiliti penduduk malah membuka peluang kepada perkembangan ekonomi, pelancongan serta meningkatkan akses kepada kemudahan asas seperti pendidikan dan kesihatan.

“Saya akan terus memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar ia dapat disiapkan mengikut spesifikasi serta tempoh yang telah di tetapkan,” katanya.

Justeru tambah beliau ini penting supaya setiap peruntukan yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berharap projek ini dapat membawa perubahan yang besar kepada masyarakat di kawasan Bario dan Pa Lungan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat di kawasan pedalaman.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 4,000 pengunjung meriahkan Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti
Next: Kepimpinan kampung digesa lebih terbuka demi kesejahteraan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.