Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fanatic Pickleball Club diiktiraf rasmi, perkukuh pembangunan sukan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Fanatic Pickleball Club diiktiraf rasmi, perkukuh pembangunan sukan di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGIKTIRAFAN…Terence (empat kiri) menyerahkan sijil kepada Lau (tiga kanan) di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu.

SIBU: Fanatic Pickleball Club kini diiktiraf secara rasmi sebagai badan sukan berdaftar selepas menerima Sijil Perakuan Pendaftaran (Borang 3) di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB), Rabu lepas.

Sijil tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Sibu, Terence Tan kepada presiden kelab, Lau Pi Leong sekali gus menandakan satu pencapaian penting bagi perkembangan komuniti sukan pickleball di bahagian ini.

Dengan pengiktirafan tersebut, Fanatic Pickleball Club kini mempunyai identiti sah di sisi undang-undang untuk melaksanakan aktiviti sukan secara lebih tersusun dan profesional, sama ada di peringkat komuniti, bahagian mahupun negeri.

Dalam majlis sama, PBSB Sibu turut memberikan taklimat ringkas kepada pengurusan kelab mengenai tanggungjawab selepas pendaftaran, termasuk kepentingan pematuhan tadbir urus yang baik.

Antara yang ditekankan ialah kewajipan mengemukakan laporan tahunan melalui sistem EROSA bagi memastikan status aktif kelab sentiasa terpelihara.

TAKLIMAT RINGKAS…PBSB Sibu memberikan taklimat ringkas kepada pengurusan kelab kepada Fanatic Pickleball Club.

Selain itu, PBSB Sibu turut berkongsi maklumat berkaitan inisiatif serta dana yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), termasuk peluang permohonan geran bagi penganjuran program pembangunan sukan dan aktiviti komuniti.

Langkah itu diharap dapat membantu kelab dalam merancang serta melaksanakan program yang mampu mencungkil bakat baharu selain mempromosikan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

PBSB Sibu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Fanatic Pickleball Club dan berharap pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada usaha memartabatkan sukan pickleball di Sibu serta melahirkan atlet berpotensi pada masa depan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Zainal yakin kepimpinan baharu IPD Sibu perkukuh keselamatan
Next: Gerawat Gala turun padang tinjau projek RTP di Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.