Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aduan harga mengelirukan, KPDN ambil tindakan tegas terhadap premis makanan
  • SEMASA

Aduan harga mengelirukan, KPDN ambil tindakan tegas terhadap premis makanan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERIKSA… KPDN Miri yang membuat pemeriksaan selepas menerima aduan awam berkaitan paparan harga yang mengelirukan. Foto KPDN Miri

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Bahagian Penguat Kuasa Cawangan Miri telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis makanan segera di Marina Parkcity, di sini, semalam.

Menurut kenyataan KPDN Miri, pemeriksaan itu adalah selepas menerima aduan awam berkaitan paparan harga yang mengelirukan.

Tindakan tersebut diambil susulan satu hantaran yang tular di laman sosial Facebook, yang mendakwa premis berkenaan memberikan gambaran tidak tepat mengenai harga barangan atau perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat elemen kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999, yang melibatkan penyampaian maklumat harga yang boleh mengelirukan pengguna.

Sehubungan itu, tindakan kes telah dikenakan terhadap premis terbabit.

Dalam pada itu, pihak KPDN Miri menegaskan bahawa semua peniaga perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan mengamalkan etika perniagaan yang telus serta bertanggungjawab demi melindungi hak pengguna.

Orang ramai turut diseru untuk terus memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan salah laku perniagaan melalui saluran rasmi seperti WhatsApp Aduan Pengguna, portal e-aduan KPDN, talian Call Centre, atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Langkah ini diharap dapat memperkukuh usaha penguatkuasaan serta memastikan persekitaran perniagaan yang adil dan berintegriti di negara ini.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 17 kerusi DUN baharu tunggu proses SPR, belum pasti dipertandingkan PRN akan datang
Next: Lama tunggu feri, masyarakat di Daro pula beratur panjang di stesen minyak Petros

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.