Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Safiee menerima kunjungan orang ramai di kediamannya di Kampung Penasu
  • Tengah
  • WILAYAH

Dr Safiee menerima kunjungan orang ramai di kediamannya di Kampung Penasu

Utusan Sarawak 14 hours ago
MERIAH…..Safiee menerima kunjungan orang ramai di kediamannya di Kampung Penasu, di Daro semalam.

DARO: Suasana Hari Raya bertambah meriah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad menerima kunjungan orang ramai di kediamannya di Kampung Penasu, di sini semalam.

Kehadiran tetamu dari pelbagai latar belakang, kaum, bangsa dan agama mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian yang utuh dalam kalangan masyarakat setempat.

Amalan kunjung mengunjung tersebut bukan sahaja menjadi medan untuk meraikan Aidilfitri, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Dr Safiee dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan terharu atas sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang hadir, sama ada dari kawasan berhampiran mahupun dari jauh.

“Alhamdulillah, sambutan Hari Raya pertama Aidilfitri kali ini amat meriah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dari jauh dan dekat bagi memeriahkan suasana,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ziarah Aidilfitri erat perpaduan masyarakat Song
Next: RTP terus jadi pemangkin pembangunan komuniti luar bandar di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.