Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOTAC mulakan konsultasi dengan MOF tangani kesan kenaikan diesel
  • SEMASA

MOTAC mulakan konsultasi dengan MOF tangani kesan kenaikan diesel

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOTAC mulakan konsultasi dengan MOF tangani kesan kenaikan diesel. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diarah memulakan konsultasi segera dengan Kementerian Kewangan bagi merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel terhadap sektor pengangkutan pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah itu diambil susulan maklum balas daripada persatuan serta pemain industri yang terkesan akibat peningkatan kos operasi.

“Perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada situasi semasa serta mempertimbangkan langkah-langkah bersasar termasuk sokongan bersifat sementara bagi membantu mengurangkan tekanan jangka pendek yang timbul, yang sebahagiannya dipengaruhi oleh perkembangan di Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kementerian sedang memantau rapat kesan kenaikan harga diesel yang boleh memberi tekanan kepada sektor pengangkutan pelancongan.

“Sekiranya tidak ditangani dengan baik, keadaan ini boleh memberi kesan berantai kepada pelancongan masuk, perniagaan serta kestabilan keseluruhan ekosistem pelancongan,” katanya.

Tiong berkata, sektor pengangkutan pelancongan merupakan tonggak penting dalam industri pelancongan negara dan perlu diperkukuh dari segi piawaian keselamatan, prestasi kenderaan serta mutu perkhidmatan kepada pelawat.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan mengambil pendekatan ‘menstabilkan dan menaik taraf’ sektor berkenaan bagi membantu pengusaha menghadapi cabaran semasa, selain menggalakkan penambahbaikan secara berperingkat termasuk pembaharuan kenderaan, sokongan kewangan yang bersesuaian serta penambahbaikan rangka kerja pengawalseliaan.

Menurut Tiong, sebarang bentuk sokongan yang diperkenalkan akan dirangka dengan mengambil kira pembangunan jangka panjang industri, bukan sekadar penyelesaian sementara.

“Objektif kerajaan bukan sekadar untuk meredakan kesan langsung yang dihadapi, tetapi untuk membina sistem pengangkutan pelancongan yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa pemain industri supaya terus berhubung rapat dengan kerajaan serta terlibat dalam dialog secara rasional bagi memastikan kestabilan sektor tersebut selain menyokong kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tiong turut berharap semua pihak kekal tenang dan bertindak secara berhemah, sambil menegaskan kerajaan akan berusaha menyeimbangkan pelbagai kepentingan terlibat dalam mencari penyelesaian munasabah serta pelaksanaan yang sesuai. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 23,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri TYT
Next: Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.