Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 23,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri TYT
  • SEMASA

23,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri TYT

Utusan Sarawak 8 hours ago
 YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof dan isteri merakam gambar kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026, di Astana, Petra Jaya hari ini.-Foto UKAS

PETRA JAYA: Dianggarkan seramai 23,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana pada Hari Raya pertama, hari ini.

Kehadiran orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat jelas memeriahkan sambutan tersebut, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian yang terus utuh di Sarawak.

SANTUNI…Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni para pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026, di Astana, Petra Jaya, hari ini.-Foto UKAS

Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Aidilfitri seperti lemang, rendang, sate ayam dan daging, kari ayam, aneka kuih-muih serta kek lapis Sarawak, selain pelbagai pilihan minuman.

Majlis itu turut menarik kehadiran pelancong luar negara yang tidak melepaskan peluang merasai sendiri kemeriahan sambutan Aidilfitri di Bumi Kenyalang.

Sepanjang majlis berlangsung, Tun Wan Junaidi dan isteri meluangkan masa beramah mesra serta berinteraksi dengan para pengunjung, sekali gus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

ANTARA tetamu kenamaan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026, di Astana, Petra Jaya, hari ini.-Foto UKAS

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-ketua Jabatan serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka Dato Sri Wahab terima kunjungan pihak pengurusan Ta Ann Holdings
Next: MOTAC mulakan konsultasi dengan MOF tangani kesan kenaikan diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.