Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Abang Johari sertai ribuan jemaah solat Aidilfitri
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Abang Johari sertai ribuan jemaah solat Aidilfitri

Utusan Sarawak 14 hours ago
YANG di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tujuh dari kiri) hadir menunaikan solat Aidilfitri bersama pemimpin negeri dan rakyat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya pagi ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Suasana pagi 1 Syawal di Masjid Jamek Negeri Sarawak dipenuhi rasa syukur dan semangat kebersamaan apabila Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ribuan umat Islam pagi ini.

Kehadiran dua pemimpin tertinggi negeri itu bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah melambangkan semangat kebersamaan serta perpaduan yang kekal menjadi tunjang keharmonian Sarawak.

Tun Wan Junaidi tiba pada 7.55 pagi, manakala Abang Johari tiba lebih awal sekitar 7.45 pagi.

Solat sunat Aidilfitri tersebut diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, dengan penyertaan lebih 5,000 umat Islam yang memeriahkan sambutan 1 Syawal.

Selepas solat, program diteruskan dengan khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Syawal: Bangkit Dari Ujian, Bersatu Dalam Keimanan’ yang menekankan nilai kesyukuran, perpaduan serta kekuatan ummah dalam menghadapi cabaran.

Usai menunaikan solat, Tun Wan Junaidi dijadual mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Astana Negeri Sarawak bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha serta tetamu kenamaan lain.- UKAS

Continue Reading

Previous: Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi – Agong
Next: Rumah terbuka Dato Sri Wahab terima kunjungan pihak pengurusan Ta Ann Holdings

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.