Katanya, Kerajaan Sarawak memberikan perhatian khusus kepada sektor pertanian bagi kawasan Machan dengan memperkenalkan pelbagai cara moden dalam membantu golongan petani meningkatkan pendapatan mereka.
“Para petani di sini dekat dengan Lapangan Terbang Sibu memberikan peluang kepada mereka untuk mengeksport hasil pertanian ke Singapura.
“Begitu juga Jalan Kanowit-Song-Kapit yang akan mengubah Kanowit dan mengembangkan sektor pertanian di Machan ini.
“Pada musim buah-buahan seperti durian, dabai dan sebagainya, sudah pasti sektor pendapatan golongan ini akan bertambah berbanding sebelum ini dengan adanya hubungan jalan raya sehingga ke Ulu Mujong, Kapit,” ujarnya.
Ujarnya, beliau sudah meluluskan untuk membina sebuah pasar baharu di Kanowit bagi menambah pasar yang sedia ada.
“Baru tiga minggu lalu, saya sudah meluluskan pembinaan sebuah pasar baharu untuk Kanowit yang akan dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kanowit (MDK).
“Ini kerana saya percaya bahawa pada musim buah-buahan, Kanowit akan menjadi tumpuan orang luar yang gemar makan buah-buahan atau hasil penanaman yang lain seperti durian dan dabai,” ujarya.
Pada majlis perasmian tersebut, Abang Johari turut meluluskan pembinaan Projek Jalan Ulu Machan dibawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) tanpa menyebut kosnya dan pembinaan Tebingan Pekan Machan sebanyak RM3 juta dibawah pelaksanaan MDK.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapa’ee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai.
• SAMBUNGAN DARI HALAMAN 1