Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tangkapan dan rampasan dadah di Kuching, empat suspek diberkas
  • JENAYAH

Tangkapan dan rampasan dadah di Kuching, empat suspek diberkas

Utusan Sarawak 10 hours ago
DADAH yang dirampas

KUCHING: Polis menahan empat individu tempatan serta merampas pelbagai jenis dadah dalam satu operasi di Skim Penempatan Semula Sungai Apong pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata operasi dijalankan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar 8.35 malam.

“Tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 28 tahun ditahan di sebuah rumah di kawasan berkenaan. Hasil pemeriksaan menemui beberapa jenis dadah yang disyaki,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, antara dadah yang dirampas ialah 10.61 gram methamphetamine, 7.77 gram ketamin, 10.61 gram pil Erimin 5 dan 1.42 gram ganja.

“Jumlah keseluruhan nilai pasaran dadah yang dirampas dianggarkan sebanyak RM1,264,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Semakan lanjut mendapati seorang suspek lelaki mempunyai lima rekod jenayah lampau, manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Kes disiasat mengikut peruntukan berkaitan Akta Dadah Berbahaya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dua suspek positif dadah ditahan kes khianat kabel di Kuching
Next: Tiga lelaki ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.