Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam nahas pesawat mikroringan di Ghana
  • GLOBAL

Dua maut dalam nahas pesawat mikroringan di Ghana

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESAWAT mikroringan itu terhempas di pekarangan sebuah sekolah di Komuniti 1 di bandar pelabuhan berkenaan pada 2.49 petang waktu tempatan. Foto AGENSI

ACCRA, Ghana: Dua maut dalam nahas pesawat mikroringan di bandar pelabuhan timur Ghana, Tema semalam, kata Ebenezer Yenzu, jurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Wilayah Tema Ghana, lapor Xinhua.

Menurut Yenzu pesawat mikroringan itu terhempas di pekarangan sebuah sekolah di Komuniti 1 di bandar pelabuhan berkenaan pada 2.49 petang waktu tempatan.

Jurucakap itu berkata pihak bomba mengambil masa hanya kira-kira lima minit untuk memadamkan kebakaran dengan bantuan beberapa saksi.

“Hanya terdapat dua orang di dalam pesawat ringan itu dan kedua-duanya maut dalam nahas,” kata Yenzu sambil menambah murid-murid berada di dalam bilik darjah ketika kejadian berlaku dan tiada yang mengalami kecederaan.

“Dengan bantuan kakitangan Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan, Perkhidmatan Polis Ghana dan Angkatan Bersenjata Ghana, kami dapat mengeluarkan mayat dua penumpang yang maut daripada bangkai pesawat yang remuk dan menyerahkannya kepada polis untuk penyimpanan,” Yenzu memberitahu Xinhua.

Siasatan punca nahas sedang dijalankan, kata jurucakap itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Singapura tarik balik dua lagi produk susu formula susulan toksin cereulide
Next: Persatuan anjur delegasi perdagangan sertai Pameran Import dan Eksport China Ke-139 di Guangzhou

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.