Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOT dalam proses tambah bengkel untuk pasang SLD bagi kenderaan berat
  • SEMASA

MOT dalam proses tambah bengkel untuk pasang SLD bagi kenderaan berat

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke bercakap pada sidang media mengenai garis panduan penggunaan kenderaan de-controlled dan pick-up bagi membawa barangan secara sah dan selamat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kementerian Pengangkutan, Kuala Lumpur hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan (kiri) dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli (kanan). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam proses menambah lebih banyak bengkel yang boleh memasang peranti had kelajuan (SLD) bagi memastikan semua kenderaan berat mematuhi keperluan sistem berkenaan.

Menterinya Anthony Loke berkata, sejak diwajibkan bermula 1 Oktober lepas, hanya 20 peratus kenderaan berat telah dipasang peranti tersebut.

“Kita tengok setakat ini hanya dalam lingkungan 20 peratus saja (yang pasang SLD)…jadi masih banyak yang belum memasang SLD ini dan tindakan penguasaan akan diteruskan.

“Jadi, kita meminta supaya pihak industri mengambil serius perkara ini dan kita memang sedang menambah lebih banyak bengkel untuk mereka membuat pemasangan SLD di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Loke berkata senarai bengkel yang boleh membuat pemasangan SLD juga akan dikemas kini bagi memudahkan pemilik kenderaan berat di seluruh negara. 

Loke pada 13 Jun lepas mengumumkan penggunaan SLD ke atas kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres dan persiaran, yang dikuatkuasakan secara berperingkat bermula 1 Oktober 2025.

Beliau berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu adalah sebagai usaha mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan kenderaan berat dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Buat permulaan, ia dilaksanakan kepada semua bas ekspres dan persiaran serta kenderaan barangan berat maksimum 3,500 kilogram (kg) yang didaftar bermula 1 Januari 2015.

Untuk itu, mereka wajib mendapatkan pengesahan kefungsian dan laporan SLD daripada pengilang atau  pengeluar kenderaan, bengkel atau fasiliti servis diiktiraf JPJ selain badan pensijilan bertauliah oleh Jabatan Standard Malaysia.

Dokumen pengesahan kefungsian dan laporan SLD itu juga wajib diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor serta ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gunung Merapi muntah dua aliran piroklastik, bergerak hingga 1.6 km barat daya
Next: Violet Yong gesa Jabatan Kebajikan bantu mereka yang gagal terima SKAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.