Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara
  • SEMASA

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai menggantung sementara penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, menurut kenyataan pejabat media kerajaan emiriah itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai mengumumkan penggantungan sementara penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua penumpang dan kakitangan.

“Pengembara dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut pejabat media itu dalam hantaran di X.

Terdahulu, pejabat media berkenaan melaporkan bahawa sebuah tangki bahan api terbakar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai akibat insiden dron; tiada laporan mengenai sebarang kecederaan diterima.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bengkel ‘Kain Styling’ hidupkan semula gaya kain batik lepas
Next: Program Jualan Rahmah MADANI terus jadi pilihan sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.