Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bengkel ‘Kain Styling’ hidupkan semula gaya kain batik lepas
  • SEMASA

Bengkel ‘Kain Styling’ hidupkan semula gaya kain batik lepas

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGUNJUNG dari pelbagai bangsa mempelajari teknik asas menggayakan kain batik lepas menerusi bengkel ‘Kain Styling’ yang diadakan sempena RIUH Raya Baik-Baik di ibu negara, baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Suatu ketika dahulu, kain batik lepas cukup sinonim dengan wanita Melayu yang sering menggayakan fabrik itu sebagai sarung atau kain lilit, sama ada untuk aktiviti santai di rumah ataupun menghadiri acara rasmi.

Namun, seiring dengan perubahan gaya hidup, pemakaian kain batik lepas semakin berkurangan kerana memerlukan masa dan teknik tertentu untuk menggayakannya menyebabkan ramai beralih kepada busana lebih praktikal seperti batik siap pakai.

Keadaan itu mencetuskan idea kepada pemilik kedai pakaian Andani Studio, Zulaikha Zulkafli untuk tampil mengadakan bengkel ‘Kain Styling’ bagi menghidupkan kembali keunikan kain batik lepas agar kekal relevan dalam gaya pemakaian masa kini.

PEMILIK kedai pakaian Andani Studio, Zulaikha Zulkafli berkongsi teknik asas menggayakan kain batik lepas menerusi bengkel ‘Kain Styling’ yang diadakan sempena RIUH Raya Baik-Baik di ibu negara, baru-baru ini. Foto Bernama

kain yang sudah siap dijahit. Dulu, kebanyakan gaya berkain dibuat secara manual dengan teknik tertentu, dan sebenarnya tidak susah pun.

“Bila saya buat tinjauan, ramai ada kain tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak memakainya. Jadi, saya ajar cara yang paling asas supaya mereka lebih yakin,” katanya ketika ditemui Bernama di RIUH Raya Baik-Baik, di sini baru-baru ini. 

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, keyakinan diri merupakan perkara penting dalam mempelajari seni menggayakan kain.

Melalui bengkel itu, para peserta diperkenalkan kepada beberapa teknik asas ikatan kain seperti gaya sarung ombak beralun dan pario yang digayakan hanya dengan menggunakan sehelai kain batik lepas.

Selain teknik ikatan, bengkel itu turut memberi penekanan kepada kreativiti pemakai dalam mengolah kain mengikut kesesuaian acara dan cita rasa masing-masing.

“Perkara paling asas bila hendak pakai kain lepas ialah mengetahui jenis kain itu sendiri. Sama ada kainnya kasar atau jenis kapas. Dari situ kita boleh faham bagaimana ‘flow’ kain itu dan hasil akhirnya apabila dipakai,” jelasnya.

PEMILIK kedai pakaian Andani Studio, Zulaikha Zulkafli (kiri) berkongsi teknik asas menggayakan kain batik lepas menerusi bengkel ‘Kain Styling’ yang diadakan sempena RIUH Raya Baik-Baik di ibu negara, baru-baru ini. Foto Bernama

Peserta juga diajar cara membaca corak kain, termasuk mengenal pasti bahagian atas dan bawah serta susunan motif supaya kain dipakai dengan kemas selain menghormati reka bentuk asalnya. 

Menurut Zulaikha, penghasilan corak kain pada zaman dahulu dilakukan dengan penuh seni dan makna, justeru memahami susunan corak itu juga merupakan satu bentuk penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya.

“Orang dahulu melukis dan menghasilkan corak kain dengan penuh seni. Jadi bila kita tahu cara membaca dan memakai kain itu dengan betul, kita sebenarnya menghargai hasil seni tersebut.

“Berkain sebenarnya budaya serantau. Banyak tekniknya hampir sama, cuma setiap tempat ada cara tersendiri. Yang penting kita tahu asas bagaimana hendak mengikat dan menggayakannya,” katanya yang turut mempelajari teknik pemakaian kain di beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, peserta bengkel, Zalina Markisan, 55, berkata teknik yang dipelajari membuka peluang untuk menggayakan kain batik lepas bukan sahaja di rumah tetapi juga sebagai sebahagian daripada fesyen harian.

“Sebenarnya kita orang Melayu memang biasa pakai kain batik, tetapi tidak tahu cara yang betul. Bila nampak bengkel ini, saya terus tertarik untuk belajar.

“Hari ini saya diajar cara supaya kain tidak mudah jatuh dan nampak kemas. Saya rasa batik kita sangat cantik dan unik, coraknya juga mudah dipadankan dengan pelbagai gaya,” katanya.

Menurut pengurus jualan itu, bengkel tersebut memperkenalkan kira-kira tujuh teknik ikatan berbeza yang boleh dicuba sendiri kemudian.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anwar harap cuti tambahan, SHMMP bantu persiapan rakyat menjelang Aidilfitri
Next: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.