Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tuai rumah penghubung penting antara rakyat, kerajaan 
  • WILAYAH

Tuai rumah penghubung penting antara rakyat, kerajaan 

Utusan Sarawak 13 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Tuai rumah memainkan peranan penting sebagai pemimpin masyarakat peringkat akar umbi serta penghubung antara rakyat dengan pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata ia adalah bagi memastikan keamanan, kestabilan dan pembangunan di kawasan luar bandar.

“Tuai rumah perlu sentiasa berpegang teguh kepada adat resam dan nilai budaya masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Mereka juga perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa termasuk dalam aspek pembangunan, pendidikan dan pendigitalan komuniti demi kemajuan masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Hari Tuai-Tuai Rumah dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong bagi penggal 2024–2025, di salah sebuah restoran, baru-baru ini.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berucap di majlis Hari Tuai-Tuai Rumah dan AGM Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong

Kuong Hiing juga merakamkan penghargaan kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong di bawah pimpinan Tuai Rumah Kinchu Ajan atas usaha mereka dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan ahli dan masyarakat.

“Penganjuran majlis dan AGM ini merupakan satu platform yang penting untuk membincangkan isu semasa, berkongsi pandangan dan merancang pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat di Daerah Meradong.

“Saya berharap agar para tuai rumah akan terus memainkan peranan sebagai pemimpin yang berintegriti, amanah dan sentiasa peka terhadap kebajikan rakyat supaya segala dasar dan program pembangunan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan persatuan bagi 2026.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Kichu Ajan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM900,000 baik pulih jalan Logan Entasan–Benawa
Next: Suasana meriah di Tamu Sentral Sarikei dan Pasar Sentral Sarikei menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.