Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarang serangga berjaya dimusnahkan Skuad Bravo di Dataran Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Sarang serangga berjaya dimusnahkan Skuad Bravo di Dataran Marudi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM berjaya memusnahkan sarang serangga di Dataran Marudi.

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam daripada orang awam yang memohon bantuan untuk memusnahkan sarang serangga di atas pokok di Dataran Marudi malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata anggota Pertahanan Awam dari Skuad Bravo bergerak ke lokasi, sejauh lima kilometer dari PKOD, sebaik menerima panggilan itu, dengan empat anggota diketuai L/Kpl (PA) Kami Tahir.

Setibanya di lokasi, Skuad Bravo bertemu pengadu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi sarang serangga.

Setelah mendapat lokasi tepat, Skuad Bravo menjalankan operasi dan berjaya memusnahkan sarang lebah madu bersaiz lebih kurang 2×4 kaki persegi menggunakan teknik pembakaran serta semburan ridset.

Operasi itu mengambil masa kira-kira dua jam, dan Skuad Bravo bergerak pulang ke PKOD pada 9.11 malam selepas menamatkan operasi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PEMADAM dan JATAIM anjur Program Jerayawara Bubur Lambuk 2026
Next: Lelaki hilang lima hari di hutan Kanowit ditemukan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.