Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Zaikha angkat keunikan batik Sarawak dalam rekaan moden
  • INSPIRASI

Eksklusif: Zaikha angkat keunikan batik Sarawak dalam rekaan moden

Utusan Sarawak 6 hours ago
REKAAN baju kurung moden jenama Zaikha yang menggunakan Batik Sarawak di Bazar Aidilfitri Satok, Kuching, baru-baru ini. Foto Nadya 

KUCHING: Jenama fesyen tempatan, Zaikha, terus menonjolkan identiti Sarawak menerusi rekaan pakaian moden berasaskan Batik Sarawak dan Batik Borneo yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Diasaskan oleh anak Sarawak, jenama tersebut memberi tumpuan kepada penghasilan baju kurung moden yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan rekaan kontemporari, sekali gus menjadikannya pilihan ramai khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.

Berkongsi kepada Utusan Sarawak, wakil Zaikha, Malianie berkata jenama itu bermula beberapa tahun lalu dengan matlamat mengetengahkan keunikan motif tempatan Sarawak dalam rekaan pakaian harian dan perayaan.

Menurutnya, semua rekaan dihasilkan sendiri oleh pasukan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada anak Sarawak, sekali gus mencerminkan identiti dan semangat Sarawakian dalam setiap koleksi yang diperkenalkan.

ANTARA rekaan kebaya dan baju kurung moden jenama Zaikha yang mengetengahkan motif Batik Sarawak dipamerkan di gerai mereka di Bazar Aidilfitri Satok, Kuching. Foto Nadya

“Setiap tahun kami akan menghasilkan rekaan baharu yang menggunakan motif batik Sarawak seperti corak mengkuang. 

“Kami gabungkan elemen tradisional ini dengan rekaan yang lebih moden supaya sesuai dipakai oleh semua peringkat umur,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Bazar Aidilfitri Satok di sini, baru-baru ini.

Selain kebaya dan baju kurung moden, Zaikha turut menawarkan koleksi lain seperti baju Melayu dan kurta dengan konsep rekaan yang minimalis serta ringan dipakai.

Menurut Malianie, antara keistimewaan jenama tersebut ialah penggunaan motif batik tempatan yang sentiasa diperbaharui setiap tahun bagi memberikan pilihan berbeza kepada pelanggan.

ANTARA rekaan kebaya dan baju kurung moden jenama Zaikha yang mengetengahkan motif Batik Sarawak dipamerkan di gerai mereka di Bazar Aidilfitri Satok, Kuching. Foto Nadya

Katanya, selain corak mengkuang, pihaknya juga merancang memperkenalkan motif lain yang diinspirasikan daripada warisan budaya Sarawak seperti pua kumbu dan tatu tradisional.

“Biasanya setiap koleksi yang kami keluarkan adalah terhad. Namun jika ada rekaan yang mendapat sambutan tinggi, kami mungkin akan mengeluarkannya semula dengan tambahan saiz atau warna,” jelasnya.

Bazar Aidilfitri Satok tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga Zaikha, dengan gerai mereka kini terletak di Zon A selepas sebelum ini beroperasi di Zon C.

Malianie berkata ruang yang lebih besar tahun ini memberi keselesaan kepada pelanggan untuk melihat koleksi yang ditawarkan.

Setakat ini, sambutan diterima amat menggalakkan dengan ramai pelanggan lama kembali mencari rekaan jenama tersebut.

PENGUNJUNG melihat dengan lebih dekat koleksi baju kurung moden jenama Zaikha yang menggunakan Batik Sarawak dan Batik Borneo ketika berkunjung ke gerai tersebut di Bazar. Foto Nadya 

“Alhamdulillah, sejak hari pertama bazar dibuka, sambutan sangat baik. Ramai pelanggan yang sudah mengenali jenama kami datang semula untuk melihat koleksi baharu,” katanya.

Menurutnya, bukan sahaja pelanggan Muslim yang membeli pakaian tersebut, malah terdapat juga pelanggan bukan Muslim serta pelancong luar yang tertarik dengan rekaan bermotifkan Sarawak.

Mengulas perkembangan masa hadapan, Malianie berharap jenama Zaikha dapat terus berkembang dan dikenali lebih meluas di seluruh Sarawak.

Katanya, selain jualan di bazar dan acara fizikal, Zaikha turut memanfaatkan platform dalam talian seperti TikTok, Shopee dan laman web rasmi bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka.

“Harapan kami supaya jenama Zaikha dapat dikenali bukan sahaja di Kuching tetapi di seluruh Sarawak. Pada masa akan datang kami juga berharap dapat membuka cawangan di bandar lain seperti Sibu dan Miri,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Oleh Adele Rissa 

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Ibrahim cekal teruskan hidup, usahakan perniagaan air nira kelapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.