Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu santuni masyarakat, agih 300 bekas bubur lambuk semarakkan Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu santuni masyarakat, agih 300 bekas bubur lambuk semarakkan Ramadan

Utusan Sarawak 11 hours ago

PROGRAM Gotong-Royong Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk peringkat daerah yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Nazarene IPD Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Semangat perpaduan dan nilai murni bulan Ramadan jelas terpancar apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu menganjurkan Program Gotong-Royong Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk peringkat daerah yang berlangsung di pekarangan Surau Al-Nazarene, semalam.

​Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu memperlihatkan kerjasama erat warga pasukan keselamatan dalam mengekalkan tradisi tahunan bagi menyantuni masyarakat setempat serta warga kerja IPD Lubok Antu sepanjang bulan yang mulia ini.

​Seramai 51 peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan Pegawai Awam turun padang bagi menjayakan aktiviti tersebut dengan penuh dedikasi dan semangat kekeluargaan.

​Turut memeriahkan suasana adalah kehadiran ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Lubok Antu yang memainkan peranan penting dalam membantu proses penyediaan dan memasak hidangan tradisi berkenaan.

​Aktiviti yang bermula dengan proses memotong bahan dan memasak secara gotong-royong itu diteruskan dengan sesi pembungkusan yang dilakukan secara sistematik sebelum majlis perasmian agihan disempurnakan.

WARGA IPD Lubok Antu bersama ahli PERKEP menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong bagi menyemarakkan Ramadan. Foto: IPD Lubok Antu

​

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin dalam ucapannya berkata, inisiatif ini bukan sekadar untuk meraikan kedatangan Ramadan, malah ia merupakan platform terbaik dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga PDRM dan komuniti.

​Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya ahli PERKEP dan anggota bawahan yang memberikan komitmen penuh bagi memastikan program berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

​Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah berjaya disiapkan dan diagihkan secara meluas merangkumi setiap bahagian, cawangan, balai polis, serta institusi pendidikan dan masjid di sekitar Daerah Lubok Antu.

​Secara keseluruhannya, program yang berakhir pada 2.00 petang itu mencapai objektif utamanya dalam memupuk semangat kerjasama dan perpaduan, sekali gus membuktikan bahawa polis dan masyarakat sentiasa berpisah tiada.

Hadir sama menyempurnakan program tersebut ialah Pengerusi PERKEP Daerah Lubok Antu, Christina Tajak yang turut serta dalam sesi penyediaan bahan masakan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga tinjau projek pembinaan jambatan bernilai RM200,000 di Maludam
Next: 25 ketua komuniti sertai Bengkel Pemantapan Kemahiran IT di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.