Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembinaan MRI, mamogram jejaskan sementara trafik di Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Projek pembinaan MRI, mamogram jejaskan sementara trafik di Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu

Utusan Sarawak 7 hours ago
KAWASAN berhampiran Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Bintulu ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan fasiliti MRI dan Mamogram yang dijangka berlangsung sehingga 10 Mac 2027

BINTULU: Kerja pembinaan ruang Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Mamogram di Hospital Bintulu dijangka menyebabkan gangguan sementara terhadap aliran trafik serta operasi di kawasan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Menurut kenyataan Hospital Bintulu, projek tersebut sedang dilaksanakan berhampiran jabatan berkenaan sebagai sebahagian usaha menambah baik kemudahan diagnostik di hospital itu.

Kerja pembinaan berkenaan berpotensi menyebabkan peningkatan tahap kebisingan, khususnya di kawasan triage, selain habuk di kawasan menurunkan penumpang (drop-off).

Pada masa sama, gangguan aliran trafik juga mungkin berlaku di sekitar kawasan itu terutama ketika waktu puncak berikutan pergerakan jentera berat seperti lori simen dan jentolak yang keluar masuk ke tapak projek.

Bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan, pihak keselamatan hospital akan melaksanakan kawalan trafik di kawasan berkenaan sepanjang tempoh pembinaan.

Projek itu dijangka berlangsung selama setahun bermula 2 Mac 2026 hingga 10 Mac 2027.

Sehubungan itu, orang awam dan warga kerja hospital dinasihatkan agar mengambil maklum mengenai perubahan sementara tersebut serta mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.

Continue Reading

Previous: 1,000 pek bubur kacang diagihkan kepada orang awam
Next: Warga emas terkunci dalam bilik, mohon bantuan PKOD Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.