Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf perparitan di Jalan Semeba siap
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf perparitan di Jalan Semeba siap

Utusan Sarawak 8 hours ago
WILFRED Yap semasa majlis penyerahan projek Program Transformasi Luar Bandar 2025 di Jalan Semeba, semalam.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, semalam meninjau projek Program Transformasi Luar Bandar 2025 di Jalan Semeba, bersebelahan Kuil Chin Kiun Thai Ti dan Thai Pak Kung.

Projek bernilai RM200,000 itu melibatkan kerja naik taraf perparitan bagi menangani masalah saliran yang telah lama menjejaskan penduduk, terutamanya ketika hujan lebat.

Yap berkata isu banjir dan saliran sering dibangkitkan oleh penduduk kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian serta keselamatan mereka.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik infrastruktur di Kota Sentosa dan menangani isu setempat secara berperingkat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai Majlis Perbandaran Padawan, kontraktor serta agensi berkaitan yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Cadangan jalan baharu ke Nanga Skrang dari Jambatan Batang Lupar 2 pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat
Next: Agihan bubur pedas eratkan hubungan jabatan dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.