Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program KRT Nanga Bilat tingkat kesedaran ancaman sosial
  • Tengah
  • WILAYAH

Program KRT Nanga Bilat tingkat kesedaran ancaman sosial

Utusan Sarawak 19 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berucap pada program komuniti anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Bilat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sarikei dan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sarikei di Rumah Genta baru-baru ini. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Program komuniti anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Bilat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sarikei dan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sarikei di Rumah Genta memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan pendedahan mengenai ancaman sosial yang semakin membimbangkan.

Ahli Parlimen Julau yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata program tersebut memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk turun padang dan berkongsi maklumat penting dengan masyarakat luar bandar.

“Tanpa pendedahan seperti ini, ramai penduduk mungkin tidak mengetahui jenis dadah yang dikenali sebagai “batu” serta kesan buruknya terhadap kehidupan dan kesejahteraan masyarakat.

“Program seumpama ini amat beguna kerana memberi peluang kepada agensi kerajaan dalam menerangka kepada rakyat berkaitan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan penipuan dalam talian.

DATUK Larry Sng Wei Shien mendengar penerangan berkaitan dadah. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

“Kalau kita sudah tahu berkaitan perkara ini, kalau berlaku di depan mata kita, kita boleh kenal pasti,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya, semalam.

Katanya, kesedaran masyarakat amat penting bagi memastikan sebarang tanda penyalahgunaan dadah dalam komuniti dapat dikenal pasti lebih awal.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan orang ramai melaporkan kegiatan penipuan dalam talian kepada pihak berkuasa seperti polis atau agensi berkaitan supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Larry juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memandangkan taktik penipuan kini semakin canggih, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara atau identiti individu tertentu.

“Penipu (scammer) sekarang tidak memilih orang. Sama ada orang itu kaya atau tidak, semua orang boleh jadi mangsa.

“Oleh sebab itu kita mesti berjaga-jaga dan lebih waspada,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Perpaduan kukuh, penduduk Betong pacu pembangunan sosioekonomi
Next: Kelab Belia Bintangor kongsi rezeki melalui program agihan bubur kacang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.